Tuesday, December 27, 2011

KOREAN WON - There are Differences Between South and North


Nowadays, everybody is concerning about anything Korean. Won is currency unit for both Koreas, South and North. However, some people are buying and collecting Korean banknotes without enough information of how SOUTH KOREAN WON supposed to looks like. These people often ended up buying worthless NORTH KOREAN WON which are cheaper and more modern motifs.

I have banknotes from South and North Korea. They really have different appearances and motifs. See the differences and you will understand why people easily mistaken the modern, industrial motifs as South one.

SOUTH KOREAN WON (5000 WON)

 FRONT
  •  One potrait with traditional dress (janbok). 5000 won shows Yulgok Yi I. 10000 won shows King Sejong.
  • The line 'Bank of Korea' and the value in Korean.
  • The serial number is using Latin Alphabets. (A,B,C...)
  • Eurion Constellation in upper left of the banknote, used to prevent counterfeiting.


BACK
  •  The line 'Bank of Korea' and the value in English.
  • Plant motifs for all banknotes. 5000 won shows a bunch of watermelons.

 NORTH KOREAN WON (5 WON, 50 WON - No Longer Legal Tender)


 FRONT
  • One or more portraits with traditional and modern dresses. It also often showing people in military dress and industrial uniform.
  • The line 'Central Bank of The People's Republic of Korea' and the value in Korean. (It has longer line than South Korean Won. See?)
  • The serial number is using Korean characters. There is no ABC's in that bunch of serial numbers...
  • It is often lack of safety features. Low denominations such as 5 won do not have silver stripe.

 

BACK
  •  The line 'Central Bank of The People's Republic of Korea' and the value in Korean.
  • The back motifs are various, from natural scenery, monuments, Kimjongilia (national flower) to the Birthplace of Kim Il-Sung for two highest denominations.
 So, there is a lot of difference between South and North Korean Won. If you seen any drama lately and the actor paid for something, look carefully. I GUARANTEE they only showed South Korean won.

Friday, October 21, 2011

Hari yang Penuh Pahit Manis, 21 Oktober

   
Nasi Arab yang menyelerakan...
Hari Jumaat merupakan hari macam hari-hari biasa. Tiada apa yangmenarik. Semalam merupakan hari yang menarik kerana macam-macam perkara tealh berlaku. Sebelah pagi, kelas seperti biasa sehingga tengah hari. Oleh sebab waktu Zohor semakin dekat dengan waktu habis sekolah, sampai-sampai sahaja dah azan Zohor.

Baru berkira-kira nak pergi ke jamuan di Senawang,tiba-tiba kereta buat hal. Enjinnnya rosak tanpa sebab jelas. Minyak hitam masih ada. Radiator masih elok. Kesudahannya tumpang kereta kawan (dengan berat hati)...

Licin sampai tinggal tulang!


 Kedai tersebut menjual makanan Arab sesuai dengan tema restoran tersebut. Kawan-kawan pula rasa sedikit mual sebab saiz makanan (banyak!) dan rasa. Apaun hidangannya ialah nasi berempah, ayam panggang, yogurt, dan teh pudina. Memang tengah lapar waktu ini... tak hairan sampai tinggal tulang!

Minuman berperisa (tanpa alkohol) dari Libya
Pada sebelah malam, ada majlis Solat Hajat dgn bacaan Yassin di sekolah. Punyalah ramai orang. Memang meriah. Majlis bermula pada 7 malam dan selesai pada 8.45 malam. Surau rasa lebih selesa selepas pengubahsuaian pada Mac lepas. Sistem audio boleh berfungsi, ada air-cond dan tidak bahang seperti sebelumnya.

Selepas Majlis tamat

Air Yassin 1Malaysia =='

Inilah cerita liku perjalanan selama sehari. Bayangkan bagaimana hidup sebagai seorang dewasa yang sebenar mengharungi pelbagai perkara berbeza setiap hari?

Pemandangan malam di sebuah jalan utama Seremban
  • Teringat lagu 'Marwan Bagouti dan Carole Samaha-Ya Rabb' masa di restoran Arab.
  • Perubahan setiap hari akan mengubah hidup selama-lamanya.
  • Orang persoalkan minuman tanpa alkohol yang semakin laris dijual. Yang dilarang dalam Islam ialah 'minuman yang memabukkan'. Alkohol bukan satu-satunya sebab orang mabuk. Dadah tak ada alkohol, tapi memabukkan. Macam mana tu?

Tuesday, October 18, 2011

With A Little Creativity...


The latest innovation of Choco Cubes has been unveiled! Introducing the brand new member in The Choco Cubes family. The Choco Love Bites.

There is no significant change about the recipe. It still made up of usual Choco Cubes ingredients. The thing that changed are its shape. Love-hearted shape is attractive, appealing and easier to made than cubed one. 

The other thing that changed is the price. The price is 50 cents each. That's a major move. I faced difficulties selling box of stuff that people never heard of for RM8. Now, two pieces of Choco Love Bites are only RM1! What a price...  

When I bought the love mould in the mall, I also bought a highlighter (in a single receipt). People gazed to me and wonder, what is the relevance between kitchen mould and highlighter...




Problems create solutions. Solutions made improvements.
You wish a thing, you will get another...

Friday, October 14, 2011

Kena Belajar Memasak...

Hidangan yang dipanggil 'Red Toast'. Menggunakan sardin sebagai bahan utama.

Kemahiran memasak yang tidaklah sedahsyat mana, boleh membawa sedikit kepuasan pada diri. Betapa sukarnya menyediakan sesuatu juadah tetapi orang lain biasanya mengambil ringan perkara ini. Tidak hairanlah rakyat Malaysia membazirkan 15% bekalan telur setiap tahun. 

Sedap ke tidak? Bergantung. Ada yang suka manis, ada nak masin, ada yang cerewet. Eh, idea dah habis rupanya...

Selama ini masak sendiri spaghetti. Tak pernah orang lain yang cuba buatkan khas.
 

Wednesday, October 5, 2011

Hidup Baru Bermula Selepas Ini...




Hari ini (5/11/2011) merupakan Hari Graduasi sekolah. Secara simbolk, hari ini menunjukkan tempoh waktu sebagai pelajar bakal tamat tidak lama lagi. Oleh kerana Tingkatan 6 merupakan tingkat tertinggi dalam persekolahan, tidak mungkin akan kembali lagi sebagai pelajar sekolah...




Selepas ini, sebuah kehidupan baru bakal bermula. Tenaga pengajar bukannya guru, tetapi pensyarah. Tiada kelas, tetapi ada kuliah (yang membosankan) dan tutorial. Banyak yang boleh diharapkan untuk masa depan tetapi banyak mana yang boleh direalisasikan?

Jangkakan sesuatu yang paling buruk boleh berlaku terhadap diri anda. 
Orang cakap IPT tempat cari jodoh. Kalau cinta hanya ada pada wanita, apa guna percaya pada Tuhan?
Masa depan umpama menyelusuri lebuh raya. Pilihlah mana-mana laluan asalkan sampai ke tempat yang dituju.

Berlaku Pembakaran Terbuka di Sekolah. Mengapa?

 Kejadian ini berlaku di sekolah pada tengah hari 4 Oktober 2011. Saksi melaporkan terdapat beberapa orang pelajar Prauniversiti memulakan pembakaran bagi... memasak makanan. Hujan yang agak ganas di sebelah petang gagal menghalang kemaraan dan iltizam bagi memenuhi agenda pada hari tersebut.




Hari tersebut bermula apabila bara api mula dinyalakan. Sebesen makanan sejuk beku yang terdiri daripada sosej dan bebola telah disediakan. 3 ekor ayam juga telah menjadi korban untuk hari tersebut. Bagi memberi nilai tambah terhadap ayam tersebut, kesemuanya telah diperap dan digaul dengan rempah (dan tidak tahu apa rasanya sebelum itu)...



Hari tersebut berakhir dengan baik. Semua orang memberi kerjasama dan melaksanakan jamuan dengan jayanya. Semuanya kembali pada situasi normal menjelang jam 6 petang.






Siapa yang lebih berusaha adalah perkara kedua. Perkara paling penting adalah siapa yang mengambil bahagian.
Takut gagal pada penamat, mengapa ingin memulakan sesuatu?
Seseorang akan sedar dirinya diperlukan oleh orang lain ataupun tidak... sekiranya jauh daripada mereka.

Monday, September 19, 2011

Alexander Rybak's Fairytale - Wonderful Song... and Meaningful Too

 
 
Years ago when I was younger
I kinda liked a girl I knew
She was mine and we were sweethearts
That was then, but then it's true

I'm in love with a fairytale even though it hurts
Cause I don't care if I lose my mind 
I'm already cursed

Every day we started fighting
Every night we fell in love
No one else could make me sadder
But no one else could lift me high above

I don't know what I was doing
When suddenly we fell apart
Nowadays I cannot find her
But when I do we'll get a brand new start

She's a fairytale, yeah even though it hurts
Cause I don't care if I lose my mind 
I'm already cursed

I like this song, so does Europeans and the rest of the world in 2009. Alexander Rybak's Fairytale has the most points ever in Eurovision. I hope I can get a new start too, and my life story is kind of fairytale, far from reality... 



Sunday, September 18, 2011

My Life is Maybe Uninteresting for You...

Okay, I need to face a reality. Maybe it's more accurate to say a 'curse'. The three last months every year is a daunting moment for me. There is a lot of mishaps and mistakes I will usually do in these particular time other than 9 months earlier.

At the same time, my self-esteem and confidence suddenly plummet. I will not become what I typically I am and start to do stupid things. It's a spontaneous act and I hardly cared to think before any act.


I will celebrate my birthday soon. Ha, my wish is very unrealistic but it is just a wish, not an act. I just hope that I can reverse my time to this date, last year. Or, at least, I wish I can reverse anything that I do and make myself happy again...

 

Thursday, September 15, 2011

Komen Percubaan STPM Negeri Sembilan Episod 2

Dalam minggu kedua, kertas yang terlibat ialah Sejarah 1&2, Pengajian Am 1 (Objektif) dan Bahasa Melayu. Minggu kedua merupakan minggu yang agak mencabar kerana kertas-kertas yang 'susah' berada dalam minggu ini. Soalannya tidaklah sesusah mana namun masih memerlukan kemahiran untuk menyelesaikannya.

Sejarah 1 memfokuskan tentang sejarah dunia dan sejarah Islam. Pembacaan meluas diperlukan untuk menjawab Sejarah dengan penuh keyakinan. Malam sebelumnya, saya telah membaca buku 'The 100-The List of The Most Infuenting Persons in History' dan tidak disangka tokoh yang disoal (Shih Huang Ti, Christopher Columbus, dan Vasco da Gama) ada dalam buku tersebut. Secara tidak sengaja Sejarah menjadi kertas yang agak mudah. 
 
Kertas Bahasa Melayu 2 agak mudah kerana lebih kurang sama dengan format BM masa SPM dulu. Bahagian A menyoal tentang pelaburan asing, laman web sosial, dan pembangunan sukan (dan lupa lagi satu). BahagianB adalah rumusan tentang pengajian tinggi. Bahagian C meminta sebuah sajak atau iklan menjadi karangan biasa.Bahagian D (yang paling susah) pelu penelitian untuk mencari kesalahan bahasa.

Sejarah 2 merupakan kertas yang menyoal tentang skop Malaysia, Asia Tenggara, Asia Timur, dan Asia Selatan pada 1800-1963. Apa yang diramal tak keluar, hahaha. Bahagian A bertanya tentang struktur masyarakat pra-penjajahan, faktor penanaman getah di Tanah Melayu, respon sebelum pembentukan Malaysia dll. Bahagian B bertanya tentang Asia secara amnya. Bukan soalan yang mudah...

Pengajian Am1 (Objektif)? Shuut, tak berani nak cakap apa-apa. 60 soalan objektif yang menyeksakan. Bukan sebab tak belajar, tetapi soalannya amat mengelirukan. Ada istilahyang tak pernah-pernah didengar sehingga saya memikirkan bahawa semua soalan itu adalah tentang perundangan negara Uzbekistan...

Saturday, September 10, 2011

Komen Percubaan STPM Negeri Sembilan 2011 Episod 1


Huh, tiga kertas telah dijawab sepanjang minggu ini (7-9 September). Sedang insan lain bergembira menyambut hari raya yang masih suam-suam terasa, tiba-tiba kena studi...

Kertas yang telah berjaya 'dikerjakan' ialah Pengajian Am 2 (esei), Pengajian Perniagaan 1, Dan Ekonomi 1. Setiap kertas mempunyai cabarannya yang tersendiri dan memang tak sama dengan apa yang saya alami semasa SPM.

Pengajian Am 2 (esei) merupakan gabungan karangan, mengolah idea dan membentuk graf. Bukan mudah nak dapat markah tinggi dalam kertas ini. Ramai yang risaukan bahagian D iaitu membuat graf. Strategi yang saya buat, fokus lebih kepada karangan, Bahagian A dan B. 250-300 patah perkataan setiap karangan. Eh, macam BM masa Form 3 jer, kenapa susah? Karangan Pengajian Am nak lihat pengolahan idea dan kematangan calon dalam ruang sebesar tin sardin Cap Ayam. Isi perlu banyak, huraian perlu jelas dan matang (tunjuklah ayat cam budak besar) dan tersasar format, automatik dapat 0. Dalam tenis, kosong dipanggil 'love'. Maka cuma dapat 'love'.


Pengajian Perniagaan perlukan bertan-tan istilah dan penerangan. Tidaklah susah kerana hanya perlu membuat pembacaan konsisten. Soalan pula ada macam-macam pilihan, cuma pilih dua, dan pastikan tahu secara mendalam soalan yang dijawab (sebab senang hilang markah). Fuh, nasib baiklah apa yang sikit-sikit baca keluar. Kalau baca banyak?


Subjek yang menjadi 'killer' terutama pelajar Melayu, iaitu Ekonomi. Kertas Ekonomi 1, Mikroekonomi merupakan kertas yang agak mudah berbanding Ekonomi 2. Terdapat macam-macam formula, graf, istilah, dan pelbagai lagi yang mampu menyebabkan sesetengah orang tidur pada jam 2 pagi untuk belajar Ekonomi (sebab esok paper)... dan tiada formula langsung. Semua kena ingat sendiri. tak ingat? Dapatlah 'love'.

Ada lagi dua minggu untuk diharungi. Eh, boleh ada masa pula post blog ni...

Monday, August 8, 2011

Nak Jadi Negara Maju, Hidup Kelas Negara Membangun

Semua ini pembunuhan secara perlahan-lahan. Belum keluar sekolah dah banyak perkara yang nak buat. Tiada panduan jelas, tiada tarikh tamat, Cuma lambakan kerja. Kalau nak bergerak ke arah negara maju, mesti ada garis panduan tentang kerja.

            Di Perancis, seseorang bekerja minima 35 jam seminggu, bersama 7 hari cuti rehat bergaji. Seseorang itu berhak utntuk berlibur dan melakukan hobi kegemaran asalkan memenuhi tempoh bekerja minima. Seandainya perlu bekerja lebih masa, majikan perlu membayar OT yang tinggi. Terdapat juga akta gaji minimum dan faedah pengangguran.

Kalau begitu, seorang pekerja Perancis hanya perlu bekerja 7 jam sehari, 5 hari seminggu dan menghabiskan banyak masa berkualiti untuk diri sendiri, keluarga, dan rakan-rakan. Tidak perlu persoalkan produktiviti Perancis. Lihat saja pembangunan, kemajuan dan inovasi yang wujud. Tentu anda pernah lihat Renault dan Peugeot meluncur di atas jalan raya. Hebat bukan? Internet berkelajuan tinggi dipelopori oleh alcatel, firma Perancis. Kereta api terpantas di dunia, TGV pun berada di Perancis.

Mimpilah saya kalau waktu sekolah (dan bekerja) cuma 7 jam sehari. Datang pukul 7, balik pukul 4 (9 jam). Belum cerita lagi sekolah hari Sabtu. Tambah lagi tugasan yang melambak-lambak. Ini baru belajar, belum lagi bekerja. Bersama-sama dengan tempoh bekerja yang panjang, gaji pun ‘berbaloi’(?).

Transformasi tidak akan berlaku jika tiada pembaharuan dalam kehidupan. Tolonglah! Tiada makna jika menjadi pelajar jikalau masih perlu membayar harga dewasa. Pelajar negara-negara maju dapat harga pelajar, diskaun buku, diskaun makanan, dll. Mereka pun tidak berpendapatan tetap seperti pelajar di sini.

Saturday, May 14, 2011

Kalau Nak Dengar...

Saya tampilkan sebuah MV dari Turki. Sebuah lagu yang menarik walaupun tak tahu apa maknanya (ala, dengar lagu Inggeris dengan Korea macam tahu makna...). Klasifikasi video ini ialah PG13. Tidak sesuai bagi kanak-kanak agaknya. 





TRANSLATIONS

You're like a 1001 night tale
Inside your game there are other games
Come, love is not a country problem

Come, love is not a country problem
Human forgets everything, every moment
Burns your heart with a flaming dagger
End of life, like a butterfly

After opening your eyes, it'll be over one day
Love understands the value of heart

Is this? Yes, this
Heart orders you everything
Swallow your promises, I don't care
Love is a problem

Is this? Without touching
Please, make me feel love
Love is not mutual, who cares?
Love is a problem

Is this? Yes, this
Come, come

COUTERSY: www.turksongs.com

Idea Tak Ada!!!

Macam mana ni? Esei kena hantar malam ini, tapi satu benda pun tak ada dalam kepala otak. Tolonglah, hadiahanya bukan sikit! Boleh dapat Kancil second-hand, tau...

Eseinya taklah panjang mana, 1000 patah perkataan saja... Pernah buat lagi panjang daripada ini. Mengenangkan pertandingan esei ini adalah pertandingan peringkat antarabangsa, memanglah nak sangat masuk.

Apa-apapun, cubalah tulis apa saja yang ada. Lagipun, pertandingan ini dapat kerjasama UNESCO, rasa-rasa kalau dapat sijil, mungkin MOE iktiraf(?)

Tuesday, May 10, 2011

Laptop, Studi, dan 'Si Dia'

KES PERTAMA: Laptop ini kena pulangkan semula. Sebenarnya latop yang gasak selalu guna untuk internet dan buat kerja ini hak kerajaan. Berat rasanya nak pulangkan, tapi apa nak buat. Yalah, kerja, tugasan, IM, Facebook, 'game' semuanya guna laptop ini.


KES KEDUA: Dua minggu lagi adalah Peperiksaan Pertengahan Tahun. Pengukur aras penting sebelum boleh menilai prestasi untuk Percubaan akan datang. Wau, memang la 5 subjek saja, tapi 1 subjek ada dua kertas. Satu kertas perlukan buku yang setebal 2 inci untuk dibaca. Semua itu perlu seleasi dalam masa ... dua minggu....


KES KETIGA: Saya ingin bertemu dengan dia. Hanya batasan waktu, jarak dan pelang sahaja. Nak sangat berjumpa dengan 'dia' suatu hari nanti dan menghabiskan beberapa hari di sampingnya... 

Saturday, May 7, 2011

Hari Anugerah

Hari ini sepatutnya menjadi hari di mana orang lain meloncat kegembiraan. Ku pula tak rasa begitu. Seolah-olah hari Sabtu ini adalah hari yang biasa saja. Tiada apa istimewa. Memang la, terasa sangat masih tak dapat jawab soalan ujian dengan baik tapi dapat anugerah. Rasa-rasanya tidak setimpal dengan usaha. Mungkin ini perlu menjadi pemangkin untuk memperhebat lonjakan markah ujian akan datang...


Lebih menarik kalau dapat pergi ke tempat yang jauh dari sini. Boleh campak segala-gala masalah yang ada, kemudian balik semula... Hmmm, yang membataskan adalah RM. Kalau ada RM, boleh ke mana-mana yang ku suka, heh. 

Cerita tentang berjalan, selepas pemerhatian ke seluruh Semenanjung kecuali tempat-tempat tertentu, boleh disimpulan terdapat jalan-jalan yang menarik, anda pasti tidak akan melupakannya... Itu masa akan datang.

Friday, May 6, 2011

Model Lapangan Terbang Knuffingen, Jerman

SUMBER: Image Credit: Stuart Franklin/Getty Images 


Selepas 6 tahun dalam pembikinan rahsia, akhirnya model Lapangan Terbang Knuffingen dibuka kepada umum pada 4 Mei 2011. Model tersebut berada di Miniatur Wunderland, Hamburg, Jerman. Kos pembikinan adalah sebanyak €3 juta (AS$5 juta). Model tersebut merupakan model skala kecil Lapangan Terbang Antarabangsa Hamburg. Terdapat 40 pesawat yang boleh mendarat dan berlepas. Terdapat juga 90 buah kenderaan yang bergerak secara sendiri.


The public get their first view at the opening ...


View of a terminal at miniature model Knuffingen ...


Planes line up at gates at miniature model Knuffingen ...


An air traffic control tower and parking garage ...


Miniature model Knuffingen Aiport at Miniatur ...


A parking lot is seen at miniature model Knuffingen ...


Tiny model cars are seen at miniature model Knuffingen ...


A crowd looks on at the opening day of miniature ...

Sebuah Bilik Bercermin Gelap

Sebuah bilik bercermin gelap
Umpama hati manusia
Dia melihat apa di luar sana
Tetapi yang lain tidak menyedari

Sebuah bilik bercermin gelap
Umpama sebuah rahsia
Mampu menjelma di luar sana
Tetapi yang lain tidak sedar dipengaruhi

Sebuah bilik bercermin gelap
Umpama syak wasangka
Meneliti apa yang ada di luar sana
Tetapi lebih jelas dan nyata sekiranya keluar dari situ

Sebuah bilik bercermin gelap
Umpama seorang perindu
Sering teringat seseorang di luar sana
Tetapi sukar meluahkannya

Sebuah bilik bercermin gelap
Umpama cabaran kehidupan
Tertanya-tanya apa yang ada di luar sana
Tetapi tidak tahu apa yang berlaku

Sebuah bilik bercermin gelap
Dia ada di dalam itu
Ku tertanya bagaimana dirinya di dalam sana
Tetapi ku tidak mampu mendekatinya...

Thursday, May 5, 2011

Apa Ku Kisah? (sebuah lagu ciptaan sendiri)

Tersebut kisah seorang insan
Merasa diri sangat istimewa
Apabila ku lihat peribadinya
Dia tidaklah sebagus mana


Masa akan berlalu jua
Dia sedar apa yang dilakukannya
Ku akan bangkit suatu masa pula
Pada masa itu hariku punya


Hidup ini umpama putaran roda
Mungkin di atas mungkin di bawah
Walaupun kau terima anugerah
Ku pun terima, apa ku kisah?


Segala yang kau ada hanya sementara
Usah bimbang, kau akan sedar juga
Walau diriku ini tidak sehebat mana
Akan ku berusaha sedaya upaya


Sudah, sudah, sudah, sudah
Jika ada peluang yang datang
Pasti ku pula yang akan menang...



Wednesday, May 4, 2011

Perbezaan 'Cinta' dan 'Suka'

INI BUKANLAH LUAHAN SAYA. CUMA INGIN BERKONGSI SESUATU. 


In front of the person you love, your heart beats faster
But in front of the person you like , you get happy.

In front of the person you love, winter seems like spring
But in front of the person you like, winter is just a beautiful winter.

If you look into the eyes of the one you love, you blush
But if you look into the eyes of the one you like, you smile.

In front of the person you love, you can' t say everything on your mind
But in front of the person you like, you can.

In front of the person you love, you tend to get shy
But in front of the person you like, you can show your ownself.

Then person you love comes into your mind every 2 minutes.
You can't look straight into the eyes of the one you love
But you can always smile into the eyes of the one you like.

When the one you love is crying, you cry with them
But when the one you like is crying, you end up comforting.

The feeling of love starts from the eye
And the feeling of like starts from the ear.

So if you stop liking a person you used to like
All you need to do is cover your ears,
But if you try to close your eyes
Love turns into a drop of tear and remains in your heart forever after.



Courtesy from http://www.naute.com


TERJEMAHAN
Di hadapan orang yang dicinta, jantung berdegup laju
Di hadapan orang yang disuka, kita berasa gembira


Di hadapan orang yang dicinta, musim sejuk seperti musim bunga yang indah
Di hadapan orang yang disuka, musim sejuk sekadar musim yang indah



Jika merenung mata orang yang tercinta, anda berasa segan
Jika merenung mata orang yang disuka, anda tersenyum

IDi hadapan orang yang dicinta, anda tidak boleh berkata apa-apa
Di hadapan orang yang disuka, anda boleh.

Di hadapan orang yang dicinta, anda sukar membuat apa-apa
Di hadapan orang yang disuka, anda boleh menunjuk-nunjuk diri

Insan yang anda cinta akan terlintas di fikiran setiap 2 minit.
Anda tidak mampu melihat matanya
Namun anda mampu menampilkan senyman kepada insan yang anda suka

Apabila insan yang anda cinta menangis, anda menangis sama
Namun, sekiranya insan yang anda suka menangis, anda menenangkannya

Perasaan cinta bermula pada mata
Perasaan suka bermula pada kata-kata


Sekiranya anda tidak lagi menykai seseorang

Anda hanya menutup telinga, memalingkan muka
Namun jika anda menutup mata
Cinta akan menjadi titisan air mata, dia akan sentiasa di hati anda selama-lamanya.

...Yang Ini Kena Ambil Kisah...

Hati terdetik sesuatu. Beberapa hari lagi, akan berlaku sesuatu yang menarik dalam hidupku. 'Menarik', tak tahulah menarik yang macam mana... se-ronok atau se-ram. Se-setengah perkara yang tidak dijangka itulah yang akan menjadi kenangan. Betul kan?

Apa yang ku merepek ini? Saya ingin pergi jauh, jauh dari sini. Bukan dari alam ini, tetapi sebuah tempat yang sangat jauh. Tempat yang indah, dan bakal mengubah pandangan setiap insan terhadapku...

Ilham adalah cetusan rasa dan hati. Tiada paksaan. Bukan angan-angan. Kalau sekadar berangan, sudah tentu tahu jalan ceritanya dan penyudahnya. Idea dan ilham tidak begitu.

Pabila ku pulang,semua orang akan berbaik-baik. Usaha akan bertambah. Keazaman dan tekad menggunung. Namun...

Anda tahu ke mana ku ingin pergi? Saya pun tak tahu... :-P

Tulisan ini dibuat kerana mengingatkan sesuatu yang telah lama saya lupakan. Tiba-tiba teringat kembali. Satu keputusan kecil telah mengubah arus hidupku selama-lamanya.

Ku teringat sebuah tempat bernama Sungai Sembilang...

Tuesday, May 3, 2011

Seandainya Ku Ada Sehari untuk Membuktikan Cinta

Seandainya ku ada sehari untuk membuktikan cinta
Tidak mungkin dilepaskan hari itu
Ku tidak menjangka hari itu akan tiba
Atau mungkin setiap hari adalah harinya


Seandainya ku ada sehari untuk membuktikan cinta
Inginku ucapkan terima kasih
Walaupun itu tidak memadai
Ku sedar ku tidak berdaya mengisi hari itu dengan sempurna


Seandainya ku ada sehari untuk membuktikan cinta
Itu tandanya ku sedar ku hanya singgah di sini^
Mungkin ku akan kembali atau tidak lagi
Janganlah kesal sekiranya hari itu tidak berulang lagi


Seandainya ku ada sehari untuk membuktikan cinta
Akan ku memberi apa yang ku mampu
Bukanlah nama seorang pencinta
Andai dirinya menunggu arnab di perdu pohon*


Seandainya ku ada sehari untuk membuktikan cinta
Ya Allah, berikan ilham untuk membuktikannnya
Engkau Maha Mengetahui dan Maha Mencintai
Cintai diriku dengan kesedaran pada-Mu...


^ Seseorang yang mengembara mencari ilmu, harta atau apa sahaja tidak akan berada di tempat yang sama


*Pepatah Cina yang bermaksud menunggu sesuatu yang belum pasti 

Mula-Mula Sekali...

Idea tengah datang, masalah lagi banyak datang. Semua ni dugaan saja. Hish....

I Need You, Only You


A lovely love poem by famous Yunus Emre.


ORIGINAL TEXT
Aşkın aldı benden beni, bana seni gerek seni
Ben yanarım dün ü günü, bana seni gerek seni

Ne varlığa sevinirim, ne yokluğa yerinirim
Aşkın ile avunurum, bana seni gerek seni

Aşkın aşıkları öldürür, aşk denizine daldırır
Tecelli ile doldurur, bana seni gerek seni

Aşkın şarabından içem, Mecnun olup dağa düşem
Sensin dün ü gün endişem, bana seni gerek seni

Sofilere sohbet gerek, Ahilere Ahret gerek
Mecnunlara Leyli gerek, bana seni gerek seni

Eğer beni öldüreler, külüm göke savuralar
Toprağım anda çağıra, bana seni gerek seni

Cennet Cennet dedikleri birkaç köşkle birkaç huri
İsteyene ver sen anı, bana seni gerek seni

Yunus'dürür benim adım, gün geçtikçe artar odum
İki cihanda maksudum, bana seni gerek seni





TRANSLATIONS