Saturday, September 10, 2011

Komen Percubaan STPM Negeri Sembilan 2011 Episod 1


Huh, tiga kertas telah dijawab sepanjang minggu ini (7-9 September). Sedang insan lain bergembira menyambut hari raya yang masih suam-suam terasa, tiba-tiba kena studi...

Kertas yang telah berjaya 'dikerjakan' ialah Pengajian Am 2 (esei), Pengajian Perniagaan 1, Dan Ekonomi 1. Setiap kertas mempunyai cabarannya yang tersendiri dan memang tak sama dengan apa yang saya alami semasa SPM.

Pengajian Am 2 (esei) merupakan gabungan karangan, mengolah idea dan membentuk graf. Bukan mudah nak dapat markah tinggi dalam kertas ini. Ramai yang risaukan bahagian D iaitu membuat graf. Strategi yang saya buat, fokus lebih kepada karangan, Bahagian A dan B. 250-300 patah perkataan setiap karangan. Eh, macam BM masa Form 3 jer, kenapa susah? Karangan Pengajian Am nak lihat pengolahan idea dan kematangan calon dalam ruang sebesar tin sardin Cap Ayam. Isi perlu banyak, huraian perlu jelas dan matang (tunjuklah ayat cam budak besar) dan tersasar format, automatik dapat 0. Dalam tenis, kosong dipanggil 'love'. Maka cuma dapat 'love'.


Pengajian Perniagaan perlukan bertan-tan istilah dan penerangan. Tidaklah susah kerana hanya perlu membuat pembacaan konsisten. Soalan pula ada macam-macam pilihan, cuma pilih dua, dan pastikan tahu secara mendalam soalan yang dijawab (sebab senang hilang markah). Fuh, nasib baiklah apa yang sikit-sikit baca keluar. Kalau baca banyak?


Subjek yang menjadi 'killer' terutama pelajar Melayu, iaitu Ekonomi. Kertas Ekonomi 1, Mikroekonomi merupakan kertas yang agak mudah berbanding Ekonomi 2. Terdapat macam-macam formula, graf, istilah, dan pelbagai lagi yang mampu menyebabkan sesetengah orang tidur pada jam 2 pagi untuk belajar Ekonomi (sebab esok paper)... dan tiada formula langsung. Semua kena ingat sendiri. tak ingat? Dapatlah 'love'.

Ada lagi dua minggu untuk diharungi. Eh, boleh ada masa pula post blog ni...