Dalam minggu kedua, kertas yang terlibat ialah Sejarah 1&2, Pengajian Am 1 (Objektif) dan Bahasa Melayu. Minggu kedua merupakan minggu yang agak mencabar kerana kertas-kertas yang 'susah' berada dalam minggu ini. Soalannya tidaklah sesusah mana namun masih memerlukan kemahiran untuk menyelesaikannya.
Sejarah 1 memfokuskan tentang sejarah dunia dan sejarah Islam. Pembacaan meluas diperlukan untuk menjawab Sejarah dengan penuh keyakinan. Malam sebelumnya, saya telah membaca buku 'The 100-The List of The Most Infuenting Persons in History' dan tidak disangka tokoh yang disoal (Shih Huang Ti, Christopher Columbus, dan Vasco da Gama) ada dalam buku tersebut. Secara tidak sengaja Sejarah menjadi kertas yang agak mudah.
Kertas Bahasa Melayu 2 agak mudah kerana lebih kurang sama dengan format BM masa SPM dulu. Bahagian A menyoal tentang pelaburan asing, laman web sosial, dan pembangunan sukan (dan lupa lagi satu). BahagianB adalah rumusan tentang pengajian tinggi. Bahagian C meminta sebuah sajak atau iklan menjadi karangan biasa.Bahagian D (yang paling susah) pelu penelitian untuk mencari kesalahan bahasa.
Sejarah 2 merupakan kertas yang menyoal tentang skop Malaysia, Asia Tenggara, Asia Timur, dan Asia Selatan pada 1800-1963. Apa yang diramal tak keluar, hahaha. Bahagian A bertanya tentang struktur masyarakat pra-penjajahan, faktor penanaman getah di Tanah Melayu, respon sebelum pembentukan Malaysia dll. Bahagian B bertanya tentang Asia secara amnya. Bukan soalan yang mudah...
Pengajian Am1 (Objektif)? Shuut, tak berani nak cakap apa-apa. 60 soalan objektif yang menyeksakan. Bukan sebab tak belajar, tetapi soalannya amat mengelirukan. Ada istilahyang tak pernah-pernah didengar sehingga saya memikirkan bahawa semua soalan itu adalah tentang perundangan negara Uzbekistan...