Wednesday, October 5, 2011

Berlaku Pembakaran Terbuka di Sekolah. Mengapa?

 Kejadian ini berlaku di sekolah pada tengah hari 4 Oktober 2011. Saksi melaporkan terdapat beberapa orang pelajar Prauniversiti memulakan pembakaran bagi... memasak makanan. Hujan yang agak ganas di sebelah petang gagal menghalang kemaraan dan iltizam bagi memenuhi agenda pada hari tersebut.




Hari tersebut bermula apabila bara api mula dinyalakan. Sebesen makanan sejuk beku yang terdiri daripada sosej dan bebola telah disediakan. 3 ekor ayam juga telah menjadi korban untuk hari tersebut. Bagi memberi nilai tambah terhadap ayam tersebut, kesemuanya telah diperap dan digaul dengan rempah (dan tidak tahu apa rasanya sebelum itu)...



Hari tersebut berakhir dengan baik. Semua orang memberi kerjasama dan melaksanakan jamuan dengan jayanya. Semuanya kembali pada situasi normal menjelang jam 6 petang.






Siapa yang lebih berusaha adalah perkara kedua. Perkara paling penting adalah siapa yang mengambil bahagian.
Takut gagal pada penamat, mengapa ingin memulakan sesuatu?
Seseorang akan sedar dirinya diperlukan oleh orang lain ataupun tidak... sekiranya jauh daripada mereka.