Umpama hati manusia
Dia melihat apa di luar sana
Tetapi yang lain tidak menyedari
Sebuah bilik bercermin gelap
Umpama sebuah rahsia
Mampu menjelma di luar sana
Tetapi yang lain tidak sedar dipengaruhi
Sebuah bilik bercermin gelap
Umpama syak wasangka
Meneliti apa yang ada di luar sana
Tetapi lebih jelas dan nyata sekiranya keluar dari situ
Sebuah bilik bercermin gelap
Umpama seorang perindu
Sering teringat seseorang di luar sana
Tetapi sukar meluahkannya
Sebuah bilik bercermin gelap
Umpama cabaran kehidupan
Tertanya-tanya apa yang ada di luar sana
Tetapi tidak tahu apa yang berlaku
Sebuah bilik bercermin gelap
Dia ada di dalam itu
Ku tertanya bagaimana dirinya di dalam sana
Tetapi ku tidak mampu mendekatinya...