Friday, October 21, 2011

Hari yang Penuh Pahit Manis, 21 Oktober

   
Nasi Arab yang menyelerakan...
Hari Jumaat merupakan hari macam hari-hari biasa. Tiada apa yangmenarik. Semalam merupakan hari yang menarik kerana macam-macam perkara tealh berlaku. Sebelah pagi, kelas seperti biasa sehingga tengah hari. Oleh sebab waktu Zohor semakin dekat dengan waktu habis sekolah, sampai-sampai sahaja dah azan Zohor.

Baru berkira-kira nak pergi ke jamuan di Senawang,tiba-tiba kereta buat hal. Enjinnnya rosak tanpa sebab jelas. Minyak hitam masih ada. Radiator masih elok. Kesudahannya tumpang kereta kawan (dengan berat hati)...

Licin sampai tinggal tulang!


 Kedai tersebut menjual makanan Arab sesuai dengan tema restoran tersebut. Kawan-kawan pula rasa sedikit mual sebab saiz makanan (banyak!) dan rasa. Apaun hidangannya ialah nasi berempah, ayam panggang, yogurt, dan teh pudina. Memang tengah lapar waktu ini... tak hairan sampai tinggal tulang!

Minuman berperisa (tanpa alkohol) dari Libya
Pada sebelah malam, ada majlis Solat Hajat dgn bacaan Yassin di sekolah. Punyalah ramai orang. Memang meriah. Majlis bermula pada 7 malam dan selesai pada 8.45 malam. Surau rasa lebih selesa selepas pengubahsuaian pada Mac lepas. Sistem audio boleh berfungsi, ada air-cond dan tidak bahang seperti sebelumnya.

Selepas Majlis tamat

Air Yassin 1Malaysia =='

Inilah cerita liku perjalanan selama sehari. Bayangkan bagaimana hidup sebagai seorang dewasa yang sebenar mengharungi pelbagai perkara berbeza setiap hari?

Pemandangan malam di sebuah jalan utama Seremban
  • Teringat lagu 'Marwan Bagouti dan Carole Samaha-Ya Rabb' masa di restoran Arab.
  • Perubahan setiap hari akan mengubah hidup selama-lamanya.
  • Orang persoalkan minuman tanpa alkohol yang semakin laris dijual. Yang dilarang dalam Islam ialah 'minuman yang memabukkan'. Alkohol bukan satu-satunya sebab orang mabuk. Dadah tak ada alkohol, tapi memabukkan. Macam mana tu?