The Expression of Not So Average Malaysian. CETUSAN RASA SEORANG WARGA MALAYSIA YANG MUNGKIN LUAR BIASA
Wednesday, October 5, 2011
Hidup Baru Bermula Selepas Ini...
Hari ini (5/11/2011) merupakan Hari Graduasi sekolah. Secara simbolk, hari ini menunjukkan tempoh waktu sebagai pelajar bakal tamat tidak lama lagi. Oleh kerana Tingkatan 6 merupakan tingkat tertinggi dalam persekolahan, tidak mungkin akan kembali lagi sebagai pelajar sekolah...
Selepas ini, sebuah kehidupan baru bakal bermula. Tenaga pengajar bukannya guru, tetapi pensyarah. Tiada kelas, tetapi ada kuliah (yang membosankan) dan tutorial. Banyak yang boleh diharapkan untuk masa depan tetapi banyak mana yang boleh direalisasikan?
Jangkakan sesuatu yang paling buruk boleh berlaku terhadap diri anda.
Orang cakap IPT tempat cari jodoh. Kalau cinta hanya ada pada wanita, apa guna percaya pada Tuhan?
Masa depan umpama menyelusuri lebuh raya. Pilihlah mana-mana laluan asalkan sampai ke tempat yang dituju.