Apa yang ku merepek ini? Saya ingin pergi jauh, jauh dari sini. Bukan dari alam ini, tetapi sebuah tempat yang sangat jauh. Tempat yang indah, dan bakal mengubah pandangan setiap insan terhadapku...
Ilham adalah cetusan rasa dan hati. Tiada paksaan. Bukan angan-angan. Kalau sekadar berangan, sudah tentu tahu jalan ceritanya dan penyudahnya. Idea dan ilham tidak begitu.
Pabila ku pulang,semua orang akan berbaik-baik. Usaha akan bertambah. Keazaman dan tekad menggunung. Namun...
Anda tahu ke mana ku ingin pergi? Saya pun tak tahu... :-P
Tulisan ini dibuat kerana mengingatkan sesuatu yang telah lama saya lupakan. Tiba-tiba teringat kembali. Satu keputusan kecil telah mengubah arus hidupku selama-lamanya.
Ku teringat sebuah tempat bernama Sungai Sembilang...