Sunday, October 21, 2012

Life at Universiti Malaya - Episod 1

Rasa dah berabad tak singgah di blog sendiri. Mula rasa terabai pula dan kena tekadkan diri untuk kemaskan tempat ini selalu. Sekarang ini cuba-cuba untuk mencari sedikit masa bagi berkongsi apa yang dialami di salah sebuah institusi pengajian tinggi yang berprestij di Malaysia.

Sebelum datang ke sini, memang hampir tiada idea bagaimana suasananya. Brosur dan laman web juga tidak membantu. Selepas datang sendiri dan dibalun cukup-cukup semasa Minggu Haluan Siswa, barulah mengerti bagaimana suasana UM yang sebenarnya. Hmm, masih tak dapat ceritakan secara jelas sebab baru sebulan setengah berada di sini.







Oh ya, saya berada di UM bagi menyambung pelajaran dalam Pengajian Antarabangsa dan Strategik. Apa yang akan dipelajari dalam kursus ini? Banyak dan sukar untuk diceritakan. Pelbagai subjek perlu dikuasai bagi memahami apa yang terkandung dalam kursus yang dipelajari ini.

Apapun, terus berfikiran positif dan menghadapi segala cabaran adalah slogan bagi mencapai kejayaan. Walau sesukar manapun senadainya diharungi dengan baik, nescaya akan membuahkan hasil. Kesulitan pada hari ini adalah bagi mencapai keselesaan pada masa depan. STRIVE FOR 1st CLASS  DEGREE IN B.A (INTERNATIONAL RELATIONS AND STRATEGIC STUDIES). Fighting!!!


Rakan seangkatan dalam perjuangan mendapat segulung ijazah. Keep up the good work everyone!

Thursday, August 30, 2012

Tomato Beragama Kristian di Mesir?

Sekumpulan puak Salafi di Mesir mendakwa bahawa buah tomato (yang mudah dibeli di kedai) adalah buah pro-Kristian. Mereka menggesa penduduk Islam supaya tidak memakan tomato yang berbentuk salib apabila dipotong.

Buah tomato yang didakwa berbentuk salib.

Menurut laman Facebook mereka, mereka menyebut "Tomato diharamkan kerana mengagungkan salib." Mereka juga mendakwa seorang penduduk Palestin bermimpi bertemu seorang Rasul dalam keadaan sedih kerana umatnya memakan tomato...

Perkara ini mendapat respon negatif terhadap pengguna Facebook. Sebenarnya, page ini didapati palsu dan kumpulan ini tidak wujud...


  • Apa susah, potong saja tomato menegak, atau masuk dalam blender, habis cerita...


Saturday, February 25, 2012

Hadis Berkenaan Pergolakan Timur Tengah di Akhir Zaman

TERJEMAHAN HADIS
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, ”Tidak terjadi hari kiamat sehingga Sungai Furat (Euphrates)menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan(99) daripada seratus yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata, ”mudah mudahan akulah orang yang terselamat itu”.

Dalam riwayat lain disebutkan,” Sudah dekat suatu masa di mana sungai Furat (Euphrates) akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapayang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatupun daripada harta itu.

Dalam riwayat lain ada juga menyebut bahawa terdapat dua gunung emas…

Sungai Furat (Euphrates) merupakan kawasan yang semakin bergolak selepas kejatuhan Empayar Usmaniah, kerajaan khalifah terakhir. Sungai Furat sememangnya terkenal sejak zaman Sumeria (5000SM) lagi sebagai jalan perdagangan. Kerajaan seperti Mesir purba, Assyria, Parsi, Rom, Umaiyah, Abbassiah, Seljuk, Ayyubiah, Usmaniah, dan penjajah Eropah pernah bertapak di sepanjang Sungai Furat.

Emas yang dimaksudkan, ada pelbagai tafsiran.
  1. Sungai Furat memang menjadi laluan utama emas dari pedalaman Anatolia (Turki) ke Bandar-bandar besar di hilir seperti Basra. Kawasan pertanian yang subur juga membolehkan perdagangan dijalankan.
  2. Emas ialah kekayaan. Sungai Furat merupakan jalan air yang strategik diantara Timur dan Barat.
  3. Emas ialah air. Komoditi paling berharga di Timur Tengah ialah air.
  4. Emas ialah petroleum. Kawasan di sepanjang Sungai Furat memang menjadi pusat pengeluaran minyak yang penting bagi Iraq, Syria, dan bagi Turki, gas asli.
Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya, ”Tidak terjadi hari kiamat sehingga Sungai Furat (Euphrates) menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas…” Air yang surut bermaksud berlaku kemarau atau air telah ditahan di laluannya. Kemarau yang teruk pada awal abad ke-20 telah menyebabkan British membina terusan yang menghubungkan Sungai Furat dan Dajlah (Tigris).Ramai tenaga buruh majoritinya penganut Syiah terlibat dalam projek tersebut. Konflik politik mula berlaku selepas pengunduran British dari Iraq dan berlakulah pertumpahan darah sehingga hari ini.

Air sungai Furat telah ditahan kerana dua projek mega di Turki dan Syria. Empangan Ataturk di Sanliurfa bertujuan membekalkan air dan elektrik bagi kawasan pertanian dalam Skim Pengairan Anatolia Tenggara. Namun, kawasan tersebut memang diketahui sebagai kawasan konflik. Penentangan golongan Sufi dan minoriti Kurd sejak kewujudan Republik Turki pada 1925 telah mengorbankan ribuan nyawa.

Gambar Empangan Ataturk yang menahan air Sungai Furat (Euphrates) di Sanliurfa, Turki.

Kekurangan air yang serius di Syria telah menyebabkan presiden Hafiz al-Assad membina empangan di utara Syria. Air tersebut digunakan bagimengairi tanaman dan penjanaan elektrik. Kawasan tersebut telah bergolak sejak penjajahan Perancis lagi pada awal abad ke-20. Ditambah lagi dengan pergeseran pelbagai puak seperti Alawiah, Khawarij, Kurd, Kristian dan lain-lain. Dasar kuku besi Assad mengurangkan pertumpahan darah sejak 1969 namun berulang kembali atas tajaan Yahudi pada 2010.

Dalam riwayat lain,Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya, “…, maka barang siapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatupun daripada harta itu.”
Seandainya ‘emas’ tersebut ialah minyak, sewajarnya tiada siapa mengambilnya. Selepas penjajahan Amerikake atas Iraq pada 2003,syarikat-syarikat minyak terkemuka mula bertapak di Iraq. Syarikat seperti Exxon, Mobil, Chevron dan Texaco sememangnya diketahui dimonopoli oleh pelabur Yahudi.Syarikat tersebut mengawal pengeluaran minyak yang banyak. Pihak lain yang ingin mendapatkan secebis daripada prospek minyak tersebut perlu bekerjasama dengan mereka.

Perkara yang tidak seberapa ini harap dapat memberi pengajaran. Sebarang kekurangan itu adalah kerana keterbatasan pengetahuan.

Tuesday, December 27, 2011

KOREAN WON - There are Differences Between South and North


Nowadays, everybody is concerning about anything Korean. Won is currency unit for both Koreas, South and North. However, some people are buying and collecting Korean banknotes without enough information of how SOUTH KOREAN WON supposed to looks like. These people often ended up buying worthless NORTH KOREAN WON which are cheaper and more modern motifs.

I have banknotes from South and North Korea. They really have different appearances and motifs. See the differences and you will understand why people easily mistaken the modern, industrial motifs as South one.

SOUTH KOREAN WON (5000 WON)

 FRONT
  •  One potrait with traditional dress (janbok). 5000 won shows Yulgok Yi I. 10000 won shows King Sejong.
  • The line 'Bank of Korea' and the value in Korean.
  • The serial number is using Latin Alphabets. (A,B,C...)
  • Eurion Constellation in upper left of the banknote, used to prevent counterfeiting.


BACK
  •  The line 'Bank of Korea' and the value in English.
  • Plant motifs for all banknotes. 5000 won shows a bunch of watermelons.

 NORTH KOREAN WON (5 WON, 50 WON - No Longer Legal Tender)


 FRONT
  • One or more portraits with traditional and modern dresses. It also often showing people in military dress and industrial uniform.
  • The line 'Central Bank of The People's Republic of Korea' and the value in Korean. (It has longer line than South Korean Won. See?)
  • The serial number is using Korean characters. There is no ABC's in that bunch of serial numbers...
  • It is often lack of safety features. Low denominations such as 5 won do not have silver stripe.

 

BACK
  •  The line 'Central Bank of The People's Republic of Korea' and the value in Korean.
  • The back motifs are various, from natural scenery, monuments, Kimjongilia (national flower) to the Birthplace of Kim Il-Sung for two highest denominations.
 So, there is a lot of difference between South and North Korean Won. If you seen any drama lately and the actor paid for something, look carefully. I GUARANTEE they only showed South Korean won.

Friday, October 21, 2011

Hari yang Penuh Pahit Manis, 21 Oktober

   
Nasi Arab yang menyelerakan...
Hari Jumaat merupakan hari macam hari-hari biasa. Tiada apa yangmenarik. Semalam merupakan hari yang menarik kerana macam-macam perkara tealh berlaku. Sebelah pagi, kelas seperti biasa sehingga tengah hari. Oleh sebab waktu Zohor semakin dekat dengan waktu habis sekolah, sampai-sampai sahaja dah azan Zohor.

Baru berkira-kira nak pergi ke jamuan di Senawang,tiba-tiba kereta buat hal. Enjinnnya rosak tanpa sebab jelas. Minyak hitam masih ada. Radiator masih elok. Kesudahannya tumpang kereta kawan (dengan berat hati)...

Licin sampai tinggal tulang!


 Kedai tersebut menjual makanan Arab sesuai dengan tema restoran tersebut. Kawan-kawan pula rasa sedikit mual sebab saiz makanan (banyak!) dan rasa. Apaun hidangannya ialah nasi berempah, ayam panggang, yogurt, dan teh pudina. Memang tengah lapar waktu ini... tak hairan sampai tinggal tulang!

Minuman berperisa (tanpa alkohol) dari Libya
Pada sebelah malam, ada majlis Solat Hajat dgn bacaan Yassin di sekolah. Punyalah ramai orang. Memang meriah. Majlis bermula pada 7 malam dan selesai pada 8.45 malam. Surau rasa lebih selesa selepas pengubahsuaian pada Mac lepas. Sistem audio boleh berfungsi, ada air-cond dan tidak bahang seperti sebelumnya.

Selepas Majlis tamat

Air Yassin 1Malaysia =='

Inilah cerita liku perjalanan selama sehari. Bayangkan bagaimana hidup sebagai seorang dewasa yang sebenar mengharungi pelbagai perkara berbeza setiap hari?

Pemandangan malam di sebuah jalan utama Seremban
  • Teringat lagu 'Marwan Bagouti dan Carole Samaha-Ya Rabb' masa di restoran Arab.
  • Perubahan setiap hari akan mengubah hidup selama-lamanya.
  • Orang persoalkan minuman tanpa alkohol yang semakin laris dijual. Yang dilarang dalam Islam ialah 'minuman yang memabukkan'. Alkohol bukan satu-satunya sebab orang mabuk. Dadah tak ada alkohol, tapi memabukkan. Macam mana tu?