KES PERTAMA: Laptop ini kena pulangkan semula. Sebenarnya latop yang gasak selalu guna untuk internet dan buat kerja ini hak kerajaan. Berat rasanya nak pulangkan, tapi apa nak buat. Yalah, kerja, tugasan, IM, Facebook, 'game' semuanya guna laptop ini.
KES KEDUA: Dua minggu lagi adalah Peperiksaan Pertengahan Tahun. Pengukur aras penting sebelum boleh menilai prestasi untuk Percubaan akan datang. Wau, memang la 5 subjek saja, tapi 1 subjek ada dua kertas. Satu kertas perlukan buku yang setebal 2 inci untuk dibaca. Semua itu perlu seleasi dalam masa ... dua minggu....
KES KETIGA: Saya ingin bertemu dengan dia. Hanya batasan waktu, jarak dan pelang sahaja. Nak sangat berjumpa dengan 'dia' suatu hari nanti dan menghabiskan beberapa hari di sampingnya...
The Expression of Not So Average Malaysian. CETUSAN RASA SEORANG WARGA MALAYSIA YANG MUNGKIN LUAR BIASA
Tuesday, May 10, 2011
Saturday, May 7, 2011
Hari Anugerah
Hari ini sepatutnya menjadi hari di mana orang lain meloncat kegembiraan. Ku pula tak rasa begitu. Seolah-olah hari Sabtu ini adalah hari yang biasa saja. Tiada apa istimewa. Memang la, terasa sangat masih tak dapat jawab soalan ujian dengan baik tapi dapat anugerah. Rasa-rasanya tidak setimpal dengan usaha. Mungkin ini perlu menjadi pemangkin untuk memperhebat lonjakan markah ujian akan datang...
Lebih menarik kalau dapat pergi ke tempat yang jauh dari sini. Boleh campak segala-gala masalah yang ada, kemudian balik semula... Hmmm, yang membataskan adalah RM. Kalau ada RM, boleh ke mana-mana yang ku suka, heh.
Cerita tentang berjalan, selepas pemerhatian ke seluruh Semenanjung kecuali tempat-tempat tertentu, boleh disimpulan terdapat jalan-jalan yang menarik, anda pasti tidak akan melupakannya... Itu masa akan datang.
Friday, May 6, 2011
Model Lapangan Terbang Knuffingen, Jerman
SUMBER: Image Credit: Stuart Franklin/Getty Images
Selepas 6 tahun dalam pembikinan rahsia, akhirnya model Lapangan Terbang Knuffingen dibuka kepada umum pada 4 Mei 2011. Model tersebut berada di Miniatur Wunderland, Hamburg, Jerman. Kos pembikinan adalah sebanyak €3 juta (AS$5 juta). Model tersebut merupakan model skala kecil Lapangan Terbang Antarabangsa Hamburg. Terdapat 40 pesawat yang boleh mendarat dan berlepas. Terdapat juga 90 buah kenderaan yang bergerak secara sendiri.







Selepas 6 tahun dalam pembikinan rahsia, akhirnya model Lapangan Terbang Knuffingen dibuka kepada umum pada 4 Mei 2011. Model tersebut berada di Miniatur Wunderland, Hamburg, Jerman. Kos pembikinan adalah sebanyak €3 juta (AS$5 juta). Model tersebut merupakan model skala kecil Lapangan Terbang Antarabangsa Hamburg. Terdapat 40 pesawat yang boleh mendarat dan berlepas. Terdapat juga 90 buah kenderaan yang bergerak secara sendiri.
Sebuah Bilik Bercermin Gelap
Sebuah bilik bercermin gelap
Umpama hati manusia
Dia melihat apa di luar sana
Tetapi yang lain tidak menyedari
Sebuah bilik bercermin gelap
Umpama sebuah rahsia
Mampu menjelma di luar sana
Tetapi yang lain tidak sedar dipengaruhi
Sebuah bilik bercermin gelap
Umpama syak wasangka
Meneliti apa yang ada di luar sana
Tetapi lebih jelas dan nyata sekiranya keluar dari situ
Sebuah bilik bercermin gelap
Umpama seorang perindu
Sering teringat seseorang di luar sana
Tetapi sukar meluahkannya
Sebuah bilik bercermin gelap
Umpama cabaran kehidupan
Tertanya-tanya apa yang ada di luar sana
Tetapi tidak tahu apa yang berlaku
Sebuah bilik bercermin gelap
Dia ada di dalam itu
Ku tertanya bagaimana dirinya di dalam sana
Tetapi ku tidak mampu mendekatinya...
Thursday, May 5, 2011
Apa Ku Kisah? (sebuah lagu ciptaan sendiri)
Tersebut kisah seorang insan
Merasa diri sangat istimewa
Apabila ku lihat peribadinya
Dia tidaklah sebagus mana
Masa akan berlalu jua
Dia sedar apa yang dilakukannya
Ku akan bangkit suatu masa pula
Pada masa itu hariku punya
Hidup ini umpama putaran roda
Merasa diri sangat istimewa
Apabila ku lihat peribadinya
Dia tidaklah sebagus mana
Masa akan berlalu jua
Dia sedar apa yang dilakukannya
Ku akan bangkit suatu masa pula
Pada masa itu hariku punya
Hidup ini umpama putaran roda
Mungkin di atas mungkin di bawah
Walaupun kau terima anugerah
Ku pun terima, apa ku kisah?
Segala yang kau ada hanya sementara
Usah bimbang, kau akan sedar juga
Walau diriku ini tidak sehebat mana
Akan ku berusaha sedaya upaya
Sudah, sudah, sudah, sudah
Jika ada peluang yang datang
Pasti ku pula yang akan menang...
Segala yang kau ada hanya sementara
Usah bimbang, kau akan sedar juga
Walau diriku ini tidak sehebat mana
Akan ku berusaha sedaya upaya
Sudah, sudah, sudah, sudah
Jika ada peluang yang datang
Pasti ku pula yang akan menang...
Subscribe to:
Posts (Atom)