Sunday, October 21, 2012

Life at Universiti Malaya - Episod 1

Rasa dah berabad tak singgah di blog sendiri. Mula rasa terabai pula dan kena tekadkan diri untuk kemaskan tempat ini selalu. Sekarang ini cuba-cuba untuk mencari sedikit masa bagi berkongsi apa yang dialami di salah sebuah institusi pengajian tinggi yang berprestij di Malaysia.

Sebelum datang ke sini, memang hampir tiada idea bagaimana suasananya. Brosur dan laman web juga tidak membantu. Selepas datang sendiri dan dibalun cukup-cukup semasa Minggu Haluan Siswa, barulah mengerti bagaimana suasana UM yang sebenarnya. Hmm, masih tak dapat ceritakan secara jelas sebab baru sebulan setengah berada di sini.







Oh ya, saya berada di UM bagi menyambung pelajaran dalam Pengajian Antarabangsa dan Strategik. Apa yang akan dipelajari dalam kursus ini? Banyak dan sukar untuk diceritakan. Pelbagai subjek perlu dikuasai bagi memahami apa yang terkandung dalam kursus yang dipelajari ini.

Apapun, terus berfikiran positif dan menghadapi segala cabaran adalah slogan bagi mencapai kejayaan. Walau sesukar manapun senadainya diharungi dengan baik, nescaya akan membuahkan hasil. Kesulitan pada hari ini adalah bagi mencapai keselesaan pada masa depan. STRIVE FOR 1st CLASS  DEGREE IN B.A (INTERNATIONAL RELATIONS AND STRATEGIC STUDIES). Fighting!!!


Rakan seangkatan dalam perjuangan mendapat segulung ijazah. Keep up the good work everyone!