TERJEMAHAN HADIS
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, ”Tidak terjadi hari kiamat sehingga Sungai Furat (Euphrates)menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan(99) daripada seratus yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata, ”mudah mudahan akulah orang yang terselamat itu”.
Dalam riwayat lain disebutkan,” Sudah dekat suatu masa di mana sungai Furat (Euphrates) akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapayang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatupun daripada harta itu.
Dalam riwayat lain ada juga menyebut bahawa terdapat dua gunung emas…
Sungai Furat (Euphrates) merupakan kawasan yang semakin bergolak selepas kejatuhan Empayar Usmaniah, kerajaan khalifah terakhir. Sungai Furat sememangnya terkenal sejak zaman Sumeria (5000SM) lagi sebagai jalan perdagangan. Kerajaan seperti Mesir purba, Assyria, Parsi, Rom, Umaiyah, Abbassiah, Seljuk, Ayyubiah, Usmaniah, dan penjajah Eropah pernah bertapak di sepanjang Sungai Furat.
Emas yang dimaksudkan, ada pelbagai tafsiran.
Air sungai Furat telah ditahan kerana dua projek mega di Turki dan Syria. Empangan Ataturk di Sanliurfa bertujuan membekalkan air dan elektrik bagi kawasan pertanian dalam Skim Pengairan Anatolia Tenggara. Namun, kawasan tersebut memang diketahui sebagai kawasan konflik. Penentangan golongan Sufi dan minoriti Kurd sejak kewujudan Republik Turki pada 1925 telah mengorbankan ribuan nyawa.
Kekurangan air yang serius di Syria telah menyebabkan presiden Hafiz al-Assad membina empangan di utara Syria. Air tersebut digunakan bagimengairi tanaman dan penjanaan elektrik. Kawasan tersebut telah bergolak sejak penjajahan Perancis lagi pada awal abad ke-20. Ditambah lagi dengan pergeseran pelbagai puak seperti Alawiah, Khawarij, Kurd, Kristian dan lain-lain. Dasar kuku besi Assad mengurangkan pertumpahan darah sejak 1969 namun berulang kembali atas tajaan Yahudi pada 2010.
Dalam riwayat lain,Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya, “…, maka barang siapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatupun daripada harta itu.”
Seandainya ‘emas’ tersebut ialah minyak, sewajarnya tiada siapa mengambilnya. Selepas penjajahan Amerikake atas Iraq pada 2003,syarikat-syarikat minyak terkemuka mula bertapak di Iraq. Syarikat seperti Exxon, Mobil, Chevron dan Texaco sememangnya diketahui dimonopoli oleh pelabur Yahudi.Syarikat tersebut mengawal pengeluaran minyak yang banyak. Pihak lain yang ingin mendapatkan secebis daripada prospek minyak tersebut perlu bekerjasama dengan mereka.
Perkara yang tidak seberapa ini harap dapat memberi pengajaran. Sebarang kekurangan itu adalah kerana keterbatasan pengetahuan.

- Sungai Furat memang menjadi laluan utama emas dari pedalaman Anatolia (Turki) ke Bandar-bandar besar di hilir seperti Basra. Kawasan pertanian yang subur juga membolehkan perdagangan dijalankan.
- Emas ialah kekayaan. Sungai Furat merupakan jalan air yang strategik diantara Timur dan Barat.
- Emas ialah air. Komoditi paling berharga di Timur Tengah ialah air.
- Emas ialah petroleum. Kawasan di sepanjang Sungai Furat memang menjadi pusat pengeluaran minyak yang penting bagi Iraq, Syria, dan bagi Turki, gas asli.
Air sungai Furat telah ditahan kerana dua projek mega di Turki dan Syria. Empangan Ataturk di Sanliurfa bertujuan membekalkan air dan elektrik bagi kawasan pertanian dalam Skim Pengairan Anatolia Tenggara. Namun, kawasan tersebut memang diketahui sebagai kawasan konflik. Penentangan golongan Sufi dan minoriti Kurd sejak kewujudan Republik Turki pada 1925 telah mengorbankan ribuan nyawa.
Gambar Empangan Ataturk yang menahan air Sungai Furat (Euphrates) di Sanliurfa, Turki. |